Lexis Activity

Adakah anda berminat untuk belajar Bahasa Korea sementara berkunjung ke Seoul?

Pada masa kini, Korea Selatan sangat diminati oleh remaja-remaja Malaysia. Sebenarnya bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi dari seluruh belahan dunia yang sedang demam Korea. Terdapat banyak peminat yang menggilakan drama Korea dan K-pop yang menampilkan artis yang kacak dan cantik.

Jika anda adalah salah satu yang termasuk dalam kategori penggemar mengenai Korea dan ingin belajar Bahasa Korea langsung di Korea Selatan, anda boleh mengambil kesempatan ini untuk menggunakan promosi kami (maklumat lanjut terdapat pada bahagian bawah post ini) untuk belajar di akademi swasta yang paling popular di Seoul.

Di Lexis Korea, kami menawarkan beberapa jenis kursus Bahasa Korea:

  • Kursus sepenuh masa kami dikenali sebagai Intensive Korean 25
  • Kursus separuh masa kami dikenali sebagai Intensive Korean 15

timetable

Kursus Intensive Korean 25 kami bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 3.30 petang, manakala Kursus Intensive Korean 15 kami bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 12.15 petang. Kedua-dua kursus dijalankan dari hari Isnin sampai Jumaat.

Kursus kami disediakan dalam kurikulum mingguan, membolehkan anda memulakan kursus pada mana-mana Isnin yang sesuai dengan jadual anda. Kursus kami tidak ada tempoh tetap jadi anda boleh mendaftar untuk seberapa minggu yang anda suka.

DSCF9541

Bahasa Korea sama semacam Bahasa Melayu – ianya senang dan mudah untuk belajar. Tambahan pula, kelas-kelas kami kecil dengan purata 6~8 orang supaya setiap pelajar diberikan perhatian individu.

Guru-guru kami mesra dan menyediakan kelas dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik untuk pelajar-pelajar sekalian.

Lebih-lebih lagi, kami juga menawarkan banyak activiti selepas kelas setiap hari. Jenis activiti yang kami tawarkan adalah:

  • Activiti luar seperti lawatan ke destinati pelancongan

DSCF8455

  • Activiti kebudayaan yang memberikan anda peluang untuk belajar tentang pelbagai budaya dan sejarah Korea

FullSizeRender 2

  • Program pertukaran bahasa yang dikenali sebagai Lexis Meet Up dengan Lexis Student Night yang memberikan peluang kepada pelajar-pelajar kami untuk bertemu dengan orang tempatan Korea dan untuk berlatih bahasa Korea dalam suasana yang selesa dan mesra

DSCF8443

Lokasi sekolah kami adalah di distrik Gangnam. Kawasan Gangnam dipenuhi dengan banyak pilihan untuk restoran, tempat membeli-belah, dan tempat untuk melepak bersama dengan kawan-kawan.

Anda juga akan mendapat peluang untuk berjumpa dengan kawan dari seluruh dunia kerana pelajar-pelajar kami datang lebih daripada 30 buah negara yang berbeza.

mm

Mari mulaikan pelajaran pembelajaran Bahasa Korea anda dengan kami di Seoul. Kami menawarkan *promosi istimewa khas untuk pelajar baru dari Malaysia:

  • Dapatkan 15% diskaun ke atas yuran tuisyen jika anda mendaftar untuk 4 minggu ke atas

  • Jika anda mendaftar untuk 24 minggu ke atas, dapatkan 15% diskaun ke atas yuran tuisyen dan tawaran rebat tiket penerbangan anda sehingga KRW300,000

Pemegang pasport Malaysia tidak memerlukan visa untuk melawat Korea Selatan dan tempoh menetap maksimum adalah 90 hari.

Jika anda berminat untuk mendaftar lebih daripada 90 hari (lebih kurang 12 minggu), anda dikehendaki untuk keluar dari Korean Selatan (sama ada kembali ke Malaysia ataupun negara berdekatan seperti Jepun atau Hong Kong) dan kembali semula untuk melanjutkan tempoh menetap 90 hari lagi. Dalam kes ini, kami akan menawarkan rebat untuk tiket penerbangan anda untuk jumlah tidak melebihi KRW300,000.

LK

Setakat ini sahaja dari kami dalam blog ini. Jika anda ingin mendapati informasi lanjut mengenai kursus Bahasa Korea yang kami menawarkan, ataupun proces pendaftaran kami, sila hubungi kami melalui e-mel kepada info@lexiskorea.com

Sekian, terima kasih! Kamsahamida. 🙂

*Terma & syarat: Sila ambil perhatian bahawa promosi ini adalah sah untuk pelajar pertama kali sahaja.

Leave a Reply